Wednesday, April 17, 2019

Bertukar 360 darjah

Assalamualaikum..
Hai korang.
Lama gila tak tengok blog ni. Well.. life lepas berkahwin lagi sibuk dari segala benda yang ada kat dunia ni. Lagipun, aku dah ada anak. Muhammad Ariq namanya.
Bila tengok orang rajin update blog macam yuyu zulaikha. Aku teringat blog ni.
mesti korang dah lupa aku kan? haha
Sebenarnya aku cari and post kat blog ni sebab aku nak improve skill mengarang aku.
Yelaa.. dah lama gila tak menaip merepek-repek macam zaman hingusan lendir dulu.
kat sini boleh lah aku cerita semua benda.

Aku banyak giler benda nak cerita kat sini. Last post aku is tahun 2015. Tahun aku berkahwin dengan jejaka pujaan hati dinda <ecewahhh>
Dalam jangka masa 2015 sampai 2019 ni, banyak gila benda yang jadi kat aku.
Yang aku tak pernah terfikir pun aku akan hadap dan harungi dalam hidup aku.
Dalam sedih-sedih tu, Allah beri aku anugerah berharga iaitu anak aku, Muhammad Ariq.
Lepas dia lahir, hidup aku dari banyak onak duri tu bertukar 360 darjah.
Aku bersyukur sangat-sangat.

Lepas ni, mungkin aku akan aktif balik update blog aku ni.
Untuk naikkan semangat, aku dah tukar nama blog ni dari perhatianhati kepada amyraben, which is nama short aku.

See you in next post.

No comments: