Wednesday, December 24, 2014

Jenis-jenis lelaki yang tak boleh buat pakwe

Hello again guys!

Buat apa pagi ni? aku tau masih ada anak dara yang tak bangun lagikan? sebabnya malam tadi overnite dengan pakwe tak hengat. seronok sangat pakwe kau usung kau kulu kilir ye?
aku macam biasa. duduk rumah, tido awal. aku kan baik. pfff (muntahhijau)

Penah dengar tak kawankawan korang duduk berjemaah sambil bergosip pasal pakwe atau scandal mandal memasing? hey girls, aku sure korang pun turut berjemaah dengar gosip kan?kan?
ada la antara kawan engkorang yang kepoh lagi kepochi mengalahkan kiah propa tu, bergosip pasal pakwe sendiri. sibuksibuk bergosip, tak sedar yang dia sendiri pun lapan darab seploh je. yek?




1. Sweet Talker

Hah! korang mesti tau kan ape maksudnya? well, kebanyakan wanita tulen selalu cair bila dengar ayatayat manis lelaki yang kurang hensem dan tak bertauliah ni kan? tah dari mana la dorang belajar cakap manismanis umpama gula melaka gula kabung ni kan? pelik tak? sebenarnya lelaki ni bukan reti sangat pun nak cakap manismanis macam tu, cuma perempuan ni je yang lemah lembut lagi gemalai macam kapas sungguh hati tu pegi cair bila dengar lelaki cakap "I LOVE YOU". heh, korang tau tak sebenarnya lelaki ni kadangkadang tak maksudkan pun apa yang dia cakap tu. sebabnya, perkataan tu memang mudah diungkap, bila suruh buktikan, haremmmmm...!

well, u all should know how this guy bila tengah mengayat. masa mulamula kenal pun dah cakap "i love you sayang". defak! jumpa pun belum dah nak bersayang bagai. puihh! sebabnya, dorang ni just tgk kita ni cantik kt wallpaper, dp fb/instagram dan jadahharam yang lain. so, hati tu pun mula la nak menggatal mengayat pe sume kan. padahal, jumpa pun tak pernah. korang yang girls ni pun, jangan balas balik okey. if u still do, means korang bagi dorang ni peluang untuk lukakan hati korang. DON'T oke DON'T!




2. MATA KERANJANG

Pernah tengok lelaki main bola keranjang tak? dorang kejarkejar bola tu, , dah dapat bola, dorang balingbaling bola tu, dihentakhentak pula ke lantai banyak kali, then shoot. goal! yeahh!

korang rasa korang nak jadi macam bola tu tak? dikejarkejar, dah dapat, dibaling pula, then masuk jaring. korang kene bayangkan yang kte ni jadi bola dorang. okey la, mungkin korang fikir dorang ni buat kat bola yang dah buruk je kan. oh no! korang salah. lelaki ni, even kte cantik pun, once dorang nak game, dorang akan game jugak. cuma yang cantik tu, dorang ni fikir la jugak banyak kali sebelum game, takut lepas kene tinggal dapat pulak yang hodoh kan? hah! padan muka kau!

Lelaki ni ada satu pantang. haaa PANTANG jumpa/tengok girls yang berdahi licin. dahi licin maksud aku kat sini bukanlah yang berdahi luas ataupun jendul macam ikan flowerhorn tu. dahi licin nie lebih kurang muka kau tu hotstuff la. ada market. manamana pergi pun ada je yang sangkut. macam pancing ikan la. umpan sedap, ikan pun banyak la dapat. okey aku dah start merepek.

let's continue!
dorang ni memang pantang dengan girls yang macam ni. lagi pulak kalau girl tu memang yang suka dress up ala sailormoon. berskirt, bershawl ala hijabista stailista opps! kata ayie lah gitu. padahal dia punya style pun opps jugak. macam cantik. kekwat sangat. Kah!

mata keranjang ni lebih kurang kalau dorang tu nmpak girls yang ada kriteria macam aku sebut tadi, mata dorang akan terbeliak tak kedipkedip sampai la girls tu hilang ghaib ku sangka mati. ruparupanya pergi toilet betulkan tudung yang senget sambil tambah gincu kat bibir kerana kurang seksi. dah macam pantun pulak aku rasa.



3. KAKI PEREMPUAN

Haaa.. yang ni aku sure girls memang tak suka nak dengar kalau ada antara kawankawan korang cakap pakwe dia kaki perempuan. weh, sape suro carik pakwe yang kaki perempuan. kau gila ape harihari kena game dengan dorang. wake up girls, wake up! jangan tertipu dengan permainan lelaki.
well, aku tak cakap SEMUA lelaki macam tu okey. pandaipandai la korang nilai dorang tu macam mana kan. lelaki ni lebih kurang macam budakbudak yang korang bawak masuk ke kedai mainan. mulamula dia amek robot, pastu dah nampak hotwheels, tinggalkan robot. pastu, nampak pedang berlampu, hah campak howheels tu tah kemana, pegi kejar pedang tu pulak. tu yang kau nampak. dia amek tu, dia tinggal ni. lastlast bila nak bayar kat kaunter, semua yang dia pegang tu dia nak. apa kes? 

Girls, u know what i mean right? dorang ni takkan cukup dengan satu. dah dapat yang cantik, nak cari yang lagi cantik. dah dapat yang lagi cantik, ehh tuptup tukar selera nak yang seksi pulak. padahal muka tu bukanlah hensem macam Fahrin Ahmad pun. (well, Fahrin dah mainkan peranan dia sebagai lelaki idaman malaya) muka dahlah macam jambatan tak siap, rumah takde, motor takde, keje pun takde. yang ada hanyalah henfon buruk yang lagi 2 3 minggu nak kena campak dalam parit belakang umah. 
Lagi nak tunjuk banyak songeh dia. so, korang yang girls comelcomel cantik manis ni, jangan layan mamat macam ni. pegi je kawan dengan lelaki lain yang ada Ferrari ke, Fairlady ke, Lamborghini ke, okey laa, paling demand pun persona laa. hah? taknak? okey la Lancer la. okey kan? 



4. PISAU CUKUR

Well, takut tak baca atas tu? heh, ape kau ingat perempuan je ke yang suka jadi pisau cukur? lelaki pun ada jugak tau. Kami ni girls, kalau jadi pisau cukur pun orang tak kesah sangat. yelah kami ni kan lemah, memang bergantung pada lelaki yang gagah perkasa poketnya. 

yang lelaki nie ape kes pulak nak jadi pisau cukur? lemah syahwat ke? mati pucuk? sebab tu pilih profession baru? ceh! tak malu. kikis duit perempuan. Kah!

dalam Islam sendiri pun, kalau dah berkahwin tu, harta isteri adalah hak isteri. harta suami juga adalah hak isteri. yang hal ni, dorang dah kawen. tu lantak dorang la nak share ke tak. hal laki bini kau sibuk apehal? 

yang lelaki ni, kau belum kawen tapi sibuk nak kikis harta perempuan dah kenapa? Girls, sini aku nak kasi tau apa taktik dorang untuk kikis duit korang.


"Emmm, kat I takde cash la you. guna duit you dulu boleh?"

"Eh, you... Ya Allah...wallet I tertinggal dalam seluar yang lagi satu laa.. emm macam mana eh?"

" You.. sorry sangat.. semalam kawan I pinjam duit I. dia tak ganti lagi.." sambil buat muka seposen.

"You... semalamIkuarpegibelibarangtapicashiertutakbagibalikduitbalancekatIsoItakdeduitnakbayar" pehh! punya laju dia terangkan. lastlast korang jugak yang kena bayar semua.

so, BEHAVE!


Sekian,

Jangan jadi mangsa! kita lebih kuat dari mereka. yeah ! positive positive wahai kaum hawa sekalian. 


P/s : eh, doakan aku lulus semua subjek untuk final exam nie tau. thanx korang. mmuahx!














No comments: