Wednesday, April 17, 2019

Bertukar 360 darjah

Assalamualaikum..
Hai korang.
Lama gila tak tengok blog ni. Well.. life lepas berkahwin lagi sibuk dari segala benda yang ada kat dunia ni. Lagipun, aku dah ada anak. Muhammad Ariq namanya.
Bila tengok orang rajin update blog macam yuyu zulaikha. Aku teringat blog ni.
mesti korang dah lupa aku kan? haha
Sebenarnya aku cari and post kat blog ni sebab aku nak improve skill mengarang aku.
Yelaa.. dah lama gila tak menaip merepek-repek macam zaman hingusan lendir dulu.
kat sini boleh lah aku cerita semua benda.

Aku banyak giler benda nak cerita kat sini. Last post aku is tahun 2015. Tahun aku berkahwin dengan jejaka pujaan hati dinda <ecewahhh>
Dalam jangka masa 2015 sampai 2019 ni, banyak gila benda yang jadi kat aku.
Yang aku tak pernah terfikir pun aku akan hadap dan harungi dalam hidup aku.
Dalam sedih-sedih tu, Allah beri aku anugerah berharga iaitu anak aku, Muhammad Ariq.
Lepas dia lahir, hidup aku dari banyak onak duri tu bertukar 360 darjah.
Aku bersyukur sangat-sangat.

Lepas ni, mungkin aku akan aktif balik update blog aku ni.
Untuk naikkan semangat, aku dah tukar nama blog ni dari perhatianhati kepada amyraben, which is nama short aku.

See you in next post.

Tuesday, May 23, 2017

Hey! Aku dah kawen lah?

Assalamualaikum..
Hey korang. Sihat dak? Lama ngat laa aku tak update blog ni. Dua tahun lebih dah wei. Sepanjang dua tahun ni penuh suka dan duka yang aku takleh nak gambarkan. Akhirnya bertemu kekasih halal dunia akhirat aku insyaaAllah.
Nikah: 29/4/2017
Pasangan: Muhamad Asyraf Mohd Dahari
.
.
.
Meh nak belanja gambar kawen belah aku dengan belah lelaki.
 
Guna kesempatan yang ada sbb masa nikah tu tak dapat kiss cenggini.. 
lokasi: masjid besi, Putrajaya.

Cantik tak color background gambar ni? Aku adore sangat kat gambar ni. 
Lokasi: bangunan merah berhadapan dgn masjid besi, putrajaya.
 
With dayang dayang yg tak berapa nak dayang. Kahkahkah! 
Pintu masuk masjid besi kat belah atas. Area pintu gerbang perbadanan putrajaya.
.
.
.
.
Haaa.. meh nak belanja gambar belah lelaki plak. Belah lelaki ada dua pengantin. Sekali naik dengan adik suami yang kedua. 
Tarikh: 6/5/2017
Lokasi: Taman Botani, Putrajaya.
.
.
.
 
   
Lokasi: Taman Botani, Putrajaya
Tempat dia besar, banyak scenery yang cantik utk bergambar. Yang mana nak kawen tu boleh la pilih tempat cam kteorg ni. Redah je bawak baju pengantin tu. Hahaha.
.
.
Next entry, aku nak share dgn korang tips jimat kawen. Bukan jimat nak kawen tau, tapi tips jimat masa kawen. 
.
Sekian coretan dari jari jari aku. Tata

Thursday, January 1, 2015

Farewell 2014, WELCOME 2015



Hai there.. Happy New Year guys! 

Ermmm.. dah masuk tahun baru which is today. 1/1/2015.
Mesti berlambak kenangan korang tahun 2014 kan?
Good or bad it is still memories kan? if good, boleh jadikan kenangan manis, if not, boleh jadikan pengajaran.

so, berlambak jugak lah azam baru korang yang tak berapa nak baru tu kan..
Azam korang tahun ni mesti azam dari zaman tok kaduk naik junjung yang still belum tercapai.
hahaha.. aku pun... 

Tahun baru ni, semua nak azam baru, kereta baru, baju baru, bra baru, PAKWE baru, ehh? 

Aku masih simpan lagi azam zaman tok kaduk dulu. yelah. bila masuk tahun baru, azam punya la banyak sampai tak cukup kertas nak tulis. but, yang tercapainya baru 2 3 azam je. 
Bagi aku, it is okey daripada tak tercapai langsung kan?

Plus, korang berazam nak ubah tabiat buruk korang yang suka gigit kuku, kopek bibir sampai berdarah, marahmarah, moody je harihari. 

Well, susah actually. but, still can make improvement slowly. slow and steady bak kata makcik sebelah umah aku ni. sebab dia suka jalan senget macam ketam. ok aku gurau.

Bila kita ada keinginan ni, kita patut simpan or pendam sorangsorang until ianya tercapai.
Aku ingat lagi pesan arwah nenek aku, bila kita hebohkan keinginan kita, yang kita nak tu lah yang selalunya tak dapat.

Pernah tak kau dengar kawan kau yang berlagak tu cakap.

"weh, cuti nanti kan, aku nak pergi korea. parent aku bawak. dah tempah tiket kapal terebang dah semalam". but, setelah cuti berlalu. kau cuba tanya. best tak cuti? haha. faham tak maksud aku? Ok aku merapu.

So, if korang ada azam yang mungkin bagi korang TERLALU susah untuk dicapai, berusaha lah.
aku ni pun kena berusaha jugak untuk dapatkan sesuatu.
BUT, bila dah dapat or tercapai tu. korang jagalah sebaik mungkin. Okey?

Sekian, warkah 2015. *hakktuihh


P/s: Disini aku menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa selama aku berblogging ni.Yang baik itu datang dari Nya, yang teruk itu datang dari jari dan hati aku sendiri.








Wednesday, December 24, 2014

Jenis-jenis lelaki yang tak boleh buat pakwe

Hello again guys!

Buat apa pagi ni? aku tau masih ada anak dara yang tak bangun lagikan? sebabnya malam tadi overnite dengan pakwe tak hengat. seronok sangat pakwe kau usung kau kulu kilir ye?
aku macam biasa. duduk rumah, tido awal. aku kan baik. pfff (muntahhijau)

Penah dengar tak kawankawan korang duduk berjemaah sambil bergosip pasal pakwe atau scandal mandal memasing? hey girls, aku sure korang pun turut berjemaah dengar gosip kan?kan?
ada la antara kawan engkorang yang kepoh lagi kepochi mengalahkan kiah propa tu, bergosip pasal pakwe sendiri. sibuksibuk bergosip, tak sedar yang dia sendiri pun lapan darab seploh je. yek?




1. Sweet Talker

Hah! korang mesti tau kan ape maksudnya? well, kebanyakan wanita tulen selalu cair bila dengar ayatayat manis lelaki yang kurang hensem dan tak bertauliah ni kan? tah dari mana la dorang belajar cakap manismanis umpama gula melaka gula kabung ni kan? pelik tak? sebenarnya lelaki ni bukan reti sangat pun nak cakap manismanis macam tu, cuma perempuan ni je yang lemah lembut lagi gemalai macam kapas sungguh hati tu pegi cair bila dengar lelaki cakap "I LOVE YOU". heh, korang tau tak sebenarnya lelaki ni kadangkadang tak maksudkan pun apa yang dia cakap tu. sebabnya, perkataan tu memang mudah diungkap, bila suruh buktikan, haremmmmm...!

well, u all should know how this guy bila tengah mengayat. masa mulamula kenal pun dah cakap "i love you sayang". defak! jumpa pun belum dah nak bersayang bagai. puihh! sebabnya, dorang ni just tgk kita ni cantik kt wallpaper, dp fb/instagram dan jadahharam yang lain. so, hati tu pun mula la nak menggatal mengayat pe sume kan. padahal, jumpa pun tak pernah. korang yang girls ni pun, jangan balas balik okey. if u still do, means korang bagi dorang ni peluang untuk lukakan hati korang. DON'T oke DON'T!




2. MATA KERANJANG

Pernah tengok lelaki main bola keranjang tak? dorang kejarkejar bola tu, , dah dapat bola, dorang balingbaling bola tu, dihentakhentak pula ke lantai banyak kali, then shoot. goal! yeahh!

korang rasa korang nak jadi macam bola tu tak? dikejarkejar, dah dapat, dibaling pula, then masuk jaring. korang kene bayangkan yang kte ni jadi bola dorang. okey la, mungkin korang fikir dorang ni buat kat bola yang dah buruk je kan. oh no! korang salah. lelaki ni, even kte cantik pun, once dorang nak game, dorang akan game jugak. cuma yang cantik tu, dorang ni fikir la jugak banyak kali sebelum game, takut lepas kene tinggal dapat pulak yang hodoh kan? hah! padan muka kau!

Lelaki ni ada satu pantang. haaa PANTANG jumpa/tengok girls yang berdahi licin. dahi licin maksud aku kat sini bukanlah yang berdahi luas ataupun jendul macam ikan flowerhorn tu. dahi licin nie lebih kurang muka kau tu hotstuff la. ada market. manamana pergi pun ada je yang sangkut. macam pancing ikan la. umpan sedap, ikan pun banyak la dapat. okey aku dah start merepek.

let's continue!
dorang ni memang pantang dengan girls yang macam ni. lagi pulak kalau girl tu memang yang suka dress up ala sailormoon. berskirt, bershawl ala hijabista stailista opps! kata ayie lah gitu. padahal dia punya style pun opps jugak. macam cantik. kekwat sangat. Kah!

mata keranjang ni lebih kurang kalau dorang tu nmpak girls yang ada kriteria macam aku sebut tadi, mata dorang akan terbeliak tak kedipkedip sampai la girls tu hilang ghaib ku sangka mati. ruparupanya pergi toilet betulkan tudung yang senget sambil tambah gincu kat bibir kerana kurang seksi. dah macam pantun pulak aku rasa.



3. KAKI PEREMPUAN

Haaa.. yang ni aku sure girls memang tak suka nak dengar kalau ada antara kawankawan korang cakap pakwe dia kaki perempuan. weh, sape suro carik pakwe yang kaki perempuan. kau gila ape harihari kena game dengan dorang. wake up girls, wake up! jangan tertipu dengan permainan lelaki.
well, aku tak cakap SEMUA lelaki macam tu okey. pandaipandai la korang nilai dorang tu macam mana kan. lelaki ni lebih kurang macam budakbudak yang korang bawak masuk ke kedai mainan. mulamula dia amek robot, pastu dah nampak hotwheels, tinggalkan robot. pastu, nampak pedang berlampu, hah campak howheels tu tah kemana, pegi kejar pedang tu pulak. tu yang kau nampak. dia amek tu, dia tinggal ni. lastlast bila nak bayar kat kaunter, semua yang dia pegang tu dia nak. apa kes? 

Girls, u know what i mean right? dorang ni takkan cukup dengan satu. dah dapat yang cantik, nak cari yang lagi cantik. dah dapat yang lagi cantik, ehh tuptup tukar selera nak yang seksi pulak. padahal muka tu bukanlah hensem macam Fahrin Ahmad pun. (well, Fahrin dah mainkan peranan dia sebagai lelaki idaman malaya) muka dahlah macam jambatan tak siap, rumah takde, motor takde, keje pun takde. yang ada hanyalah henfon buruk yang lagi 2 3 minggu nak kena campak dalam parit belakang umah. 
Lagi nak tunjuk banyak songeh dia. so, korang yang girls comelcomel cantik manis ni, jangan layan mamat macam ni. pegi je kawan dengan lelaki lain yang ada Ferrari ke, Fairlady ke, Lamborghini ke, okey laa, paling demand pun persona laa. hah? taknak? okey la Lancer la. okey kan? 



4. PISAU CUKUR

Well, takut tak baca atas tu? heh, ape kau ingat perempuan je ke yang suka jadi pisau cukur? lelaki pun ada jugak tau. Kami ni girls, kalau jadi pisau cukur pun orang tak kesah sangat. yelah kami ni kan lemah, memang bergantung pada lelaki yang gagah perkasa poketnya. 

yang lelaki nie ape kes pulak nak jadi pisau cukur? lemah syahwat ke? mati pucuk? sebab tu pilih profession baru? ceh! tak malu. kikis duit perempuan. Kah!

dalam Islam sendiri pun, kalau dah berkahwin tu, harta isteri adalah hak isteri. harta suami juga adalah hak isteri. yang hal ni, dorang dah kawen. tu lantak dorang la nak share ke tak. hal laki bini kau sibuk apehal? 

yang lelaki ni, kau belum kawen tapi sibuk nak kikis harta perempuan dah kenapa? Girls, sini aku nak kasi tau apa taktik dorang untuk kikis duit korang.


"Emmm, kat I takde cash la you. guna duit you dulu boleh?"

"Eh, you... Ya Allah...wallet I tertinggal dalam seluar yang lagi satu laa.. emm macam mana eh?"

" You.. sorry sangat.. semalam kawan I pinjam duit I. dia tak ganti lagi.." sambil buat muka seposen.

"You... semalamIkuarpegibelibarangtapicashiertutakbagibalikduitbalancekatIsoItakdeduitnakbayar" pehh! punya laju dia terangkan. lastlast korang jugak yang kena bayar semua.

so, BEHAVE!


Sekian,

Jangan jadi mangsa! kita lebih kuat dari mereka. yeah ! positive positive wahai kaum hawa sekalian. 


P/s : eh, doakan aku lulus semua subjek untuk final exam nie tau. thanx korang. mmuahx!














Monday, December 22, 2014

Zaman nakal-nakal

Hello hai holla bonjour vanekam kutokhuadan anneyeonghaseyo.
hahaha kemain banyak bahasanya.
btw, hai korang. dah lama tak hapdet blog aku ni. busy satu hal, takde ade pun iye jugak.

okey la, nak bagitau la sikit kan, pengajian aku pun dah sampai penghujung. tapi tak graduate lagi. baru je tamat blaja. belum praktikal pun lagi, tengah cuti sem kateko.
dok tengah terbaring terbongkang atas katil nie sambil ditemani hujan lebat dan suara merdu katak di luar bilik, aku nak cerita sikit la perihal aku zaman nakal-nakal dulu.
korang pun mesti ada zaman nakal-nakal kan? haaaaa.. meh aku nak cerita. meh duduk depan laptop nie berjemaah. aku jadi imamnya. eh?!

aku nie dulu masa kecikkecik memang nakal. suka berkawan dengan budak lelaki je sebabnye budak perempuan kalau tak main masak-masak, mesti main kawen-kawen. mesti engko hengat aku yg jadi pengantin pompuan kan? ahh takde maknenye. aku terlibat dalam main kawen-kawen tu sebabnye dorang nie suruh aku bersilat kt depan dorang. bersilat pun sumbang macam pendekar bujang lapok. hahaha. aku ni pun ikutkan je la. yelah kan dah namanya pun budak-budak.

lepas tu, aku takmo join dorang kawen dah, lantok ler situ kau nak duduk mcm pengantin brapa lama pun kan. aku join sepupu aku main bola kat padang. haaa.. yang ni aku tak jadi keeper k. aku main bola skali dengan dorang. bajet kengkonon mcm lelaki, nak sepak bola tersepak batu besar. haaa hamek padan dengan muka aku. suruh bersilat je takmo. nak jugak main macam jantan. dah tersepak batu tu ape lagi, melalak kuatkuat kat tengah padang orang main bola tu. semua budak situ dok gelakkan aku.

lepaih itu aku takmo main bola dah, aku ajak adik aku main kejar anak ayam pulak. haa.. kau agakagak ada tak budak pompuan yang main kejar ayam ni? hahaha...
ada.. aku la tuu.. tapi aku tak kejar mak ayam tau. eh, bukan mak ayam blakang chow kit tu tau. ni mak ayam yang kokokokok tu. aku suka aim mak ayam yg bawak anak banyakbanyak mcm ni.

                                                 
                                             nie bukan mak ayam tapi berangan nak jadi ayam.

haaa lebih kurang macam ni la gayanya. aku dengan segala hormatnya pergi kejar anak-anak ayam tu amek sekor. lepaih tu aku lari. kau gila nak tunggu situ, jap lagi mak dia serabung aku mampus.
dah dapat tu, aku bubuh anak ayam tu dalam tempurung. aku pun tak tau kenapa aku letak dia bawah tu. mungkin sebab dia bising kot. dah berapa minit cemtu dia still bising. aku tak tau mcm mana nak buat dia diam. aku amek dia guna tangan, pastu kocak-kocak dia mcm kocak botol air tu, then TERtekan perut dia. CREEETTTT!! terkeluar u'uk dia. opps! aku tak sengaja. terus anak ayam tu diam. sakit perut agaknya. hahaha. *jangan tiru aksi aku ye. naya semua anak ayam.

esoknya tu, aku tak main anak ayam dah, aku panjat pulak pokok kelapa sebab teringin nak minum air kelapa. mesti korang ingat aku terer kan. haha memang terer pun. aku panjat pun sebab aku mintak tolong dengan sepupu aku suruh amekkan buah kelapa, dia buat dhek je. aku pun nekad panjat sendiri. tanpa fikir panjang, aku pun panjat la pokok tu dengan penuh bergaya sampai ke puncak. dah petik buat, dah jatuhkan kat bawah. tiba-tiba, alamak! mcm mana nak turun? hamek, padan muka aku. masa panjat tak ingat tinggi, nak minum air kelapa punya pasal kan. bila nak turun, tengok bawah, menjerit takut. hahaha...
arwah atuk aku sampai keluar rumah la sebab dengar aku menjerit kotkot aku kena buli ke ape ke kan. dia keluar rumah je terus cari aku. atuk penyayang tau. yang aku pelik, dia tak tengok kat pokok kelapa, dia pi cari aku kat pondok sebab aku selalu duduk situ. nak tergelak pun ade aku rasa time tu. tapi fikirkan tak dapat turun, aku jerit lagi. and last, dia nmpk. dia jerit

"kau buat apa kat atas tu? turun turun."

"tak boleh turun tok, tak reti"

"habis tadi kau panjat macam mana?"

"entah la tok, tak tauuuuu...." *nangis

"haih budak nie, tunggu kau turun nanti kena kau"

dalam hati, "ahh sudah, tak memasal jap lg kne rotan."
redha je laaa..

kau tau mcm mana aku turun? atok hulur tangga kt pokok tu baru aku dapat turun. baru aku terfikir kenapa aku tak guna tangga tu untuk panjat pokok.
lahaiii bangangnya aku.

                                                
                 *mcm nie la lebih kurang. kalau dah besar pun mcm nie, memang anak dara tua la aku cter dia.

Sekian.

P/s: sebenanrnya banyak lagi cerita aku. tapi takat ni la dulu. segan nak cerita bebanyak. kang korang gelak kat aku pulak. haha













Friday, August 29, 2014

Merdeka punya pasal

Hai korang. *lelambai ciked*
Lagi 2 hari je nak sambut hari merdeka.
Aku dgn rasa taksub dan eksaitednye meletakkan bendera dalam bilik and dalam kete aku. 
Aku ingat aku sorang je yg eksaited. Rupenye adik kecik aku lg taksub dan tawaduknya suruh mak aku buat baju dari bendera. Hah ! Tak ke gila namanya. Selama nie aku tgk siti nurhaliza dgn sudirman je yg ada baju tu. Tak sangka pulak adik aku segila nie. Ohh gilanya adik akuu.. Haha ape aku merepek nie. 
Korang tau ke apa maksud merdeka?
Merdeka bagi aku ialah membebaskan diri dari belenggu penjajah. Tapi bukan setakat tu je. Diri kita perlu ada ilmu. Menjajah tu bkn setakat pada negara je, tapi diri sendiri jugak. Means, jangan lah asyik dengar lagu omputih je. Dgr and hayati la lagu2 melayu, etnik kreatif. Haaa.. Gituu.. Hehek..
Eh dahh.. Korang tgk la gambar kt bawah nie ye. 
Jap, lupa wish.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 57. 
Semoga Malaysia terus berjaya hingga ke persada dunia.




Seeyou ! Tata  😁


Monday, August 25, 2014

Beriadah di taman botani


Haii korang. 
Tengah buat apa tu? Aku biasa la. Baru bangun tido. Lagipun hujan kat unisel nie. Heaven giler tido tak hengat. Haha
Hari nie hari isnin. So, aku nak story pasal hari sabtu minggu lepas. See, aku suka flashback2 nie. Hehe. 
Kisah hari sabtu nie jadi lepas ayah aku pegi outstation kat besut. Aku dgn ibu and adik2 sume kene tinggal kat umah. Dalam umah tu pulaks aku je yang pandai drive. Yang lain tak berapa nak pandai. Kahkahkah ! Jumaat malam sebelum sabtu tu, ibu aku ada tanya bila aku nak bawak beliau joging sebab walkaton yg ofis beliau nak buat tu tinggal 3 mggu je lagi. So, aku dengan rasa bersemangat dan excitednya, ajak la h ibu ke taman botani, putrajaya. Esok nye, bangun la dorang nie berjemaah. Solat subuh, buat sarapan sume bagai lah. Sampai bawak sarapan gi taman botani tu kau tau. Dah sampai situ, dlm pukul 8.30. Ibu aku sampai2 je terus gigih warm up badan beliau dan terus berjoging. Tapi aku pulak gigih menunggu kaunter bukak pukul 9 pagi. Nak main basikal punye pasal. Lepas dah bukak je kaunter, gigih pulak aku gi beratur reramai mcm nak beli makanan kat kantin sekolah. Hahaha.
Dgn tabah dan sabar nye aku beratur akhirnya sampai la ke kaunter. Dye akan bagi satu borang utk diisi. Lagi satu, sewa basikal kat situ not bad la murahnya. Hanya RM4 jehh. Murahkan..? Lepas dah bayar pe sume, aku pun pegi la amek basikal kat bangsal basikal kat tingkat bawah. Dah turun bawah tu, aku rambang mata nak pilih basikal yg mana satu. Ibu pulak dah habis satu taman botani tu beliau berjoging. Aku pulak dah dapat basikal, tak hengat donia. So, berbasikal la ke kawasan taman. Lgpun kawasan taman tu sangat lag besar. Sape yg penah pergi mesti tau. Yg tak pernah pegi lagi, meh la datang sini. Best giler baq hang. Hihihi

Meh la aku blanja gambar 1 2 snap. 








Okey, dah. Memang puas hati main basikal kat sini. Meh la datang. Dia bukak pagi pukul 9-12tengahari. Petang pulak pukul 2-5petang. Makesure datang tau. Yang tak tau jalan nak ke sini tu, waze je laa.. Senang. Hee

Welcome back !

Ehh haii.. *lelambai tangan
Welcome back to me. sebab ape? sebab  dah kembali menaip entry setelah sekian lama. kah !
yelah. sekarang tengah study kan. aku takde banyak masa nak hupdate blog nie. Tau2 sekarang nie aku dah last sem. homaigadd ! dah nak habis dah diploma aku. Btw, aku tak start kelas lagi. kira tengah ada masa senggama senggang la nie. tu pasal la aku hupdate.

so, after this memang nak jadikan blog nie tempat mencurahkan idea yang berlambak nie la. nak jugak jadi mcm blogger terkenal hanis jalikha, yuyu julaikha, fatin liyana. *eh, mcm bunyi jawa pulaks* aku memang adore sangat kat ketiga tiga makhluk comel super cute lawa nie. selalu stalk blog dorang sebenarnya. korang pun mesti mcm tu jugak kan? alahhh blogwalking kate ko. OK dah. setakat nie je aku nak kongsi. hehe
nanti tunggu aku hupdate blog lagi yekk. TATA ^_^

Sunday, January 26, 2014

Cara aku menghilangkan jerawat dan parut jerawat.


Ohoooooo hoii.
ada mcm Dato' M. Daud Kilau tak? haha.
Okey laa..abaikan yg atas tu. 

Hye engkorang. sihat kah? dah lama aku tak buat entry kt blog aku nie. biasa la, busy dgn study dan assignment yang tak sudah. btw, aku dah masuk sem 5 dah belajar kt Unisel ni. sekejap je kan? InshaaAllah bulan 12/2014 ni aku bakal tamatkan zaman diploma aku. umur pun dah makin tua dah. tua kah? hehe.  

Haaa. korang mesti peningkan macam mana nak hilangkan jerawat dengan parut jerawat?
aku ada la beberapa tips nak kongsi. yang aku buat nie pun sebab aku banyak buat research kat internet, tanya doktor, tanya kawan2. semua bg feedback yang sangat membantu. 
okey, malas nak membebel panjang. yang aku share ni pun sebab aku dah pernah buat dan ia nya saaaaaaangaaaat lah berkesan. #sumpah tak tipu.


Pertama, engkorang kena banyakkan minum air kosong. 
Omputih panggil "sky juice". haha
Yang ni memang semua orang tahu lah kan? tapi setakat tahu je , tak buat tak guna jugak kan.
air kosong nie, aku suggestkan korang beli yang satu kotak tu. maksud aku air mineral yang dalam kotak tu. tak kesah la jenama apa. sea master ke, spritzer ke, sea lion ke. tak tau? alaaaaa. yang satu kotak ada 24 botol tu. cuba buat ikut step aku ye :
# setiap pagi dan malam - minum air mineral tu sebotol "one shot" maksud aku, minum sebotol tu smpai habis. buat nie masa engkorang bangun pagi dan sebelum korang tidur.





Kedua, basuh muka banyak kali.
ehh ehh, sabar sabar. tak habis naip lagi ni. maksud aku basuh muka banyak kali tu , engkorang letak muka engkorang bawah paip air tu, gosok2 la satu muka engkorang tu banyak2 kali. sampai satu tahap, engkorang rasa fresh gilerrr bila buat macam tu.

Ketiga, makan buah, sayur and kurangkan makanan berminyak.
nak makan boleh tapi dengan kuantiti yang sedikit okey. aku pun tengah mengawal pemakanan aku. setakat ni, Alhamdulillah. jerawat kurang naik.

Keempat, JANGAN picit jerawat.
Yang ni, aku tahu engkorang paaaaaling suka buat. sebab aku pun macam tu jugak. kadang2 memang dah berniat taknak usik2 jerawat tu kan. tapi bila syiokk tgk tv, mula la tangan tu asyik nak pegang muka je pastu kopek2 jerawat. tahu2 je dah berdarah. kan? eeehhh, tak baik nipu. kang tumbuh jerawat lg kang nak? haha. acah je. hee :D
Yang nie memang engkorang perlukan kesabaran yang saaaaaaaangat tinggi. yela. asal kau tgk jerawat je kau nak picit kan. so, from now on letak tangan jauh dari muka oke. aku dah berjaya atasi benda nie. tapi kadang2 tu, buat jugak. tangan aku yang duk pegang muka, bukan aku yang suruh. hahaha !

Kelima, sebelum tidur pakai la ubat hilang kan parut. 
sekarang nie berlambak produk yang boleh hilangkan parut jerawat. taaaapi. tak semuanya serasi dengan kulit kita. engkorang kena pandai pilih la. Aku ada nak suggestkan kat engkorang beberapa produk yang aku pernah pakai dan berkesan.
sebab aku punya muka ni pun mengada jugak kengkadang. aku pun dah banyak try and error jugak sebenarnya. tapi yang aku suggest ni produk yang dah buat parut aku hilang. 
Semua produk yang kita nak cuba perlukan kesabaran. engkorang ingat produk2 ni sekali kau pakai terus zassss ! hilang jerawat ke? takda produk yang macam tu k. kalau ada pun, menipu. kesan hanya akan boleh nampak dalam masa 2 minggu keatas. itupun ikut kekerapan engkorang pakai lah kan. 
Okey la, layan kan aje produk yang aku review nie ye..



Krim Anti Jerawat Safi


Yang ni sesuai untuk engkorang yang ada jerawat besar2 tu.
pakai nie boleh kecutkan semua jerawat. tapi dia pedih sikit la.
kesan : 2-3 minggu selepas penggunaan.

Ini pun okey jugak sebab aku guna.
Jerawat pun boleh kecut.
Kesan : 2 minggu selepas penggunaan.

Haaa. yang ni bukan produk k. tapi ini ubat tradisional.
sekarang aku pakai yang nie je. agak pedih la.
tapi sangat berkesan. #sumpah tak tipu.
dia matikan jerawat dan pudarkan parut.
kesan : 1 minggu selepas penggunaan.
cara pakai, boleh la tanya pakcik google kita nie ye. hehe.

Okey la. ni je yang aku boleh share setakat nie. yang aku review nie semua nya aku dah pernah try and berkesan. aku tak tipu, aku tak main2. Sila lah cuba.

SELAMAT MENCUBA ! :D